fbpx

Pesakit tidak berjangkit banyak mohon tabung bantuan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aziuddin (dua kiri) menyampaikan replika cek dana tabung kebajikan pesakit kepada wakil Pusat Perubatan UiTM, Sungai Buloh di Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan mendapati pesakit paling banyak membuat permohonan tabung bantuan perubatan adalah terdiri daripada penghidap penyakit tidak berjangkit.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Rohaizat Yon berkata, mereka memohon bantuan bagi pembelian ubat, peralatan, rawatan, susu khas dan lampin pakai buang.

Menurutnya, kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan burang berkemampuan.

“Pesakit yang ramai buat pemohonan merupakan penghidap penyakit tidak berjangkit contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang dan strok yang memerlukan kerusi roda.

“Justeru, kita sentiasa mengalu-alukan bantuan seperti dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam membantu pesakit daripada golongan kurang berkemampuan yang amat memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Lembaga Zakat Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, LZS memberi sumbangan sebanyak RM1.77 juta kepada 17 buah hospital di Selangor dan Kuala Lumpur yang disampaikan Timbalan Pengerusi LZS, Datuk Dr. Aziuddin Ahmad kepada pihak hospital.

Hospital Kuala Lumpur merupakan penerima tertinggi sumbangan zakat sebanyak RM300,000 diikuti dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM masing-masing menerima sumbangan zakat sebanyak RM200,000.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop menegaskan, bantuan perubatan adalah antara jenis bantuan yang tertinggi dan utama yang telah disalurkan pihaknya.

“Setakat Ogos ini, bantuan perubatan kepada asnaf fakir, miskin, muallaf dan gharimin
adalah berjumlah RM81.4 juta merangkumi RM62.7 juta untuk bantuan rawatan dialisis yang disalurkan kepada 2,498 orang pesakit.

“Di samping itu, sejumlah RM18.7 juta untuk bantuan perubatan yang disalurkan kepada 3,162 orang pesakit,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI