fbpx

Penunggang motosikal maut langgar tayar treler tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang remuk teruk selepas merempuh tayar sebuah treler yang tercabut di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Jerantut di Maran hari ini.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

MARAN – Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar tayar sebuah treler yang bergolek di atas jalan selepas tercabut di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Jerantut di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Mohamad Zazmi Mohd. Zahari,22, yang berasal dari Jengka 10 mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Kamarulzaman Jusoh berkata, semasa kejadian treler membawa muatan balak berkenaan dalam perjalanan dari arah Jerantut ke Kuala Lumpur manakala mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari arah bertentangan.

Tayar sebuah treler yang bergolek di atas jalan selepas tercabut di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Jerantut di sini, hari ini.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba tayar belakang sebelah kanan treler telah tercabut dan bergolek ke kanan jalan lalu bertembung dengan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian penunggang motosikal terjatuh ke tebing sebelah kanan jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Kamarulzaman, mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian cuaca adalah baik dan cerah dan lokasi kejadian adalah jalan lurus. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI