fbpx

Peniaga miliki pakaian berjenama tiruan didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faizal (tengah) didenda RM30,000 atas kesalahan memiliki 486 pakaian berjenama tiruan oleh Mahkamah Sesyen Besut hari ini.

BESUT – Gara-gara mahu untung segera dengan memiliki 486 pakaian berjenama tiruan bagi menjualnya pada enam bulan lalu, seorang peniaga didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azimah Yaacob memutuskan demikian selepas tertuduh, Muhammad Faizal Mohd. Noor, 31, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Beliau juga mengarahkan tertuduh dihukum penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Muhammad Faizal yang tidak diwakili peguam membayarnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 143 kasut, 326 selipar dan 17 topi tiruan yang kononnya berjenama Adidas.

Muhammad Faizal didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah premis di Kampung Cabang Tiga, Jerteh di sini pada 16 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 10,000 bagi setiap barangan dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ahmad Salam Yusof. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI