fbpx

Pasangan kekasih edar dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah jenis heroin dan syabu yang dirampas dari sepasang kekasih di Kulim tengah malam tadi.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Sepasang kekasih yang menyara hidup dengan wang hasil mengedar dadah ditahan polis dalam satu operasi pencegahan jenayah di Kampung Ulu Dingin, Mahang di sini hari ini.

Pasangan berusia 39 dan 22 tahun itu ditahan bersama dadah jenis heroin dan syabu dianggarkan bernilai RM1,500.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, anggota dari Balai Polis Mahang yang menjalankan tugas rondaan di sekitar kawasan Kampung Ulu Dingin terserempak dengan dua suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

“Anggota polis kemudian menahan pasangan itu dan hasil pemeriksaan menemui sebuah beg disyaki berisi dadah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beg tersebut mengandungi empat peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira 4.16 gram bersama lapan keratan straw disyaki heroin dianggarkan seberat 19.30 gram,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, suspek lelaki mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala pasangannya tiada rekod jenayah lampau.

“Hasil soal siasat, suspek lelaki terlibat dengan dadah sejak tahun 2017 dan pasangannya pula sejak tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, pasangan terbabit dipercayai mengedar dadah secara kecil-kecilan di sekitar kawasan kampung sebagai sumber pendapatan kerana keduanya-dua penganggur.

“Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis morfin dan direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (3) akta sama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI