fbpx

Osaka tambah koleksi gelaran Grand Slam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA merangkul gelaran ketiga Grand Slam selepas muncul juara pada Terbuka AS menewaskan Azarenka pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Pemain sensasi Jepun, Naomi Osaka berjaya meraih kejuaraan Grand Slam ketiga peribadinya selepas menewaskan bekas pemain No. 1 dunia, Victoria Azarenka dalam aksi final Terbuka Amerika Syarikat (AS) semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Arthur Ashe itu, Osaka mempamerkan kebangkitan dramatik untuk merekodkan kemenangan 1-6, 6-3, 6-3 ke atas jaguh tenis dari Belarus itu.

Osaka yang diletakkan selaku pemain pilihan keempat berkata, semangat dan keyakinan untuk berjuang sangat membara dalam dirinya terutama selepas ketinggalan 0-3 pada set kedua.

“Selepas ketinggalan pada set pertama dan kemudian 0-3 di set kedua, saya berkata kepada diri sendiri bagaimana pemain hebat boleh bangkit sebelum ini dan saya percaya ia bukanlah misi yang mustahil.

“Mungkin pada awal saingan saya agak gementar untuk bertarung dengan Azarenka yang tidak membuat sebarang kesilapan khususnya pada set pertama.

“Bagaimanapun, saya berjaya kekalkan fokus untuk menang set kedua dan pada set penentuan saya anggap Azarenka sudah kepenatan dan saya mula menjadikan ia sebagai kelebihan untuk menang perlawanan ini,” katanya.

Kemenangan tersebut membolehkan Osaka membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak £2.3 juta (RM12.2 juta) selepas meraih gelaran Grand Slam ketiga setelah Terbuka AS pada edisi 2018 dan Terbuka Australia 2019.

Kejayaan yang dilakar oleh pemain berusia 22 tahun ini juga dianggap sebagai sejarah baharu buat sukan tenis di Asia selepas Osaka menjadi pemain paling berjaya Asia setelah bekas jaguh China, Li Na yang meraih dua gelaran Grand Slam sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN