fbpx

Kisah air mata Predator Padang Kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Mohd. Nor Hisham memakai kostum Predator untuk menghiburkan orang ramai di samping mempromosikan perniagaan ayam gunting miliknya di Padang Kota semalam. – AMIR IRSHAD OMAR

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang peniaga ayam gunting memilih untuk menghiburkan orang ramai di sekitar Padang Kota di sini sejak tiga bulan lalu dengan memakai kostum watak Predator di sebalik kisah duka yang dialaminya.

Mohd. Nor Hisham Awang Nong, 47, berkata, walaupun memiliki status orang kelainan upaya (OKU) akibat kehilangan sebelah pancainderanya, namun ia tidak menjadi penghalang ba­ginya menjadi penghibur jalanan.

Katanya, dia lebih rela menghiburkan orang sebelum kehila­ngan kedua-dua deria penglihatan.

“Mata sebelah kanan saya sudah tidak dapat digunakan lagi sejak empat tahun lalu akibat masalah pemisahan retina dan ia memberi kekuatan kepada saya untuk bangkit semula daripada kedukaan.

“Mata kiri saya juga bila-bila masa akan rosak oleh masalah yang sama. Saya reda dengan ketentuan ini dan niat saya ha­nyalah untuk menghiburkan orang bukan untuk meraih simpati,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Gerai ayam gunting Nor ­Hisham terletak berhampiran pekara­ngan Hospital Pulau Pinang di sini.

Tambahnya, idea pemakaian kostum itu tercetus ketika dia menonton filem Predator di rumahnya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu.

Menurut Hisham, dia memang meminati watak tersebut dan mereka pakaian itu menggunakan aksesori motosikal seperti pad keselamatan dan paku pada sut penunggang motocross.

“Saya kemudian membeli sut lengkap melalui Gabungan Pre­dator Malaysia. Saya akan me­ronda dengan menaiki motosikal jenis SYM 250cc di sekitar Padang Kota sambil menghiburkan orang,” katanya.

Ujar Hisham, dia sentiasa mencari ilham bagaimana hendak berdepan dengan khalayak selain menggembirakan mereka dengan aksi yang ditampilkan dalam watak Predator,” kata anak kelahiran Kuantan, Pahang itu.

Kata bekas pesara kerajaan itu lagi, dia menjadi tular selepas videonya menolak motosikal akibat kehabisan minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat di sini dimuatnaik rakan baiknya di dalam laman sosial Facebook, Wan Yoshiki.

Tambahnya, video berdurasi 52 saat itu mendapat lebih 38,000 tontonan, 617 ulang ciapan dan 117 komen daripada warga maya sejak disiarkan pada 9 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI