fbpx

DBKL benarkan operasi kedai makan, serbaneka hingga 2 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik semula kebenaran berkaitan waktu operasi perniagaan kedai makan dan serbaneka sehingga 12.00 tengah malam.

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin memaklumkan bahawa waktu operasi premis perniagaan kedai dan kedai serbaneka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga jam 2.00 pagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula pada hari ini.

“Sehubungan dengan itu, Kenyataan Media DBKL bertarikh 12 September berkaitan waktu operasi untuk kedua-dua perniagaan tersebut kekal sehingga 12:00 tengah malam adalah terbatal.

“Justeru itu, DBKL memohon kerjasama semua pengendali premis perniagaan berkaitan untuk mematuhi waktu operasi perniagaan yang telah dibenarkan dan menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard dan mengamalkan kawalan kendiri, memakai pelitup separuh muka, menjaga kebersihan serta penjarakan fizikal ketika berada di tempat berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, DBKL mengekalkan waktu opperasi kedai makan dan serbaneka sehingga pukul 12 tengah malam meskipun MKN membenarkan operasi sehingga pukul 2 pagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI