fbpx

Baru nak PRN-16, Rich Estranged dah tanda calon PRN-17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICH ESTRANGED

DI sebalik kepanasan demam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang menyaksikan pertembungan 447 calon bertanding, tiba-tiba sahaja muncul kisah vokalis kumpulan rock Estranged, Rich dengan misinya mahu menjadi wakil rakyat.

 Rich memaklumkan akan bertanding sebagai calon wakil rakyat Tambunan (N32) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).

Rich atau nama sebenarnya Richael Lawrence Gimbang, 38, berkata, dia membuat keputusan tersebvut selepas lebih dua tahun melibatkan diri dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

RICH dan kumpulannya Estranged bersama sebahagian penduduk Kampung Bomboi Atas semasa menjalankan aktiviti CSR mereka di situ.

“Saya ingin menjadi wakil rakyat bukan sebab duit atau pun kuasa. Saya ingin berbakti kepada rakyat Tambunan yang banyak ketinggalan dari segi kemajuan dan pembangunan berbanding kawasan di negeri-negeri lain di Malaysia. 

“Bagaimanapun, mungkin ramai salah faham disebabkan hantaran dalam Instagram saya. Saya sebenarnya hanya boleh ada peluang bertanding pada PRN-17 yang kita sendiri tidak tahu bila,” kata Rich menjelaskan keadaan.

Ditanya sama ada dia akan bertanding atas tiket mana-mana parti politik atau Bebas, kata pelantun lagu Itu Kamu itu, buat masa sekarang, perkara tersebut bukan menjadi fokus atau keutamaannya sekarang. 

“Berkenaan saya akan bertanding bawah tiket parti apa, itu bukan perkara yang menjadi kerunsingan saya sekarang. Saya ada strategi saya sendiri dan dari semasa ke semasa, saya akan umumkan perihal itu. 

“Fokus saya sekarang adalah untuk melawat ke semua 70 buah perkampungan di Tambunan, Sabah untuk mengenali setiap orang penduduk di situ dalam tahun yang mendatang,” katanya.

Mengulas tentang inspirasi dirinya untuk berkecimpung dalam dunia politik, Rich memberitahu, selain keluarga dan rakan-rakan, dia terpanggil untuk melakukan banyak perubahan disebabkan lanskap politik negara yang kurang stabil sekarang. 

POSTER yang dimuat naik Rich dan Estranged sedikit mengelirukan tentang misi vokalis rock itu mahu bertanding kerusi ADUN Tambunan pada PRN akan datang.

“Isu Veveonah misalnya membuatkan saya ingin melakukan sesuatu demi orang Sabah secara amnya dan penduduk Tambunan secara khususnya. 

“Banyak sektor yang ingin saya tambah baik seperti teknologi, pendidikan, internet dan banyak lagi yang masih dipandang sebelah mata di negeri Sabah. Untuk itu, saya percaya kita perlu orang yang sentiasa turun padang untuk merasai sendiri masalah yang dihadapi penduduk,” katanya lagi. 

Terdahulu, Jimmy Palikat yang terkenal dengan lagu Anak Kampung umum bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan untuk PRN16 yang akan berlangsung pada 26 September ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI