fbpx

Tinggal bayi, bawa lari barang berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang berharga yang dilarikan pembantu rumah wanita warga Indonesia dalam kejadian di Taman Nusa Idaman, Iskandar Puteri minggu lalu. Foto IHSAN POLIS

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

ISKANDAR PUTERI – Seorang pembantu rumah warga Indonesia menyamun majikan dengan melarikan barang kemas, beg tangan dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM12,400 di Taman Nusa Idaman, dekat sini minggu lalu.

Wanita ini bertindak demikian antara pukul 2 hingga 6 petang ketika majikannya keluar membeli barang sebelum melarikan diri meninggalkan seorang bayi dalam jagaannya seorang diri di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, perkara itu disedari pengadu ketika pulang ke rumah mendapati anaknya sedang tidur bersendirian dan pembantu rumahnya sudah tiada.

Katanya, pengadu telah membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati barang-barang kemas, wang tunai serta beg tangan milik isterinya telah hilang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Ayer Keroh, Melaka telah menahan seorang lelaki tempatan yang juga bekas teman lelaki wanita Indonesia terbabit di kawasan Ayer Keroh kira-kira pukul 4 petang, Isnin lalu bagi membantu siasatan.

“Susulan penahanan lelaki itu, pihak polis memberkas wanita Indonesia tersebut di kawasan Restoran Lebuh Raya Ayer Keroh pada pukul 7 malam pada Selasa lalu.

“Kita turut merampas tiga buah beg tangan pelbagai jenama, satu beg galas dan tiga utas rantai leher emas,” katanya dalam satu kenyataaan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, kedua-dua suspek yang berumur 25 dan 27 tahun ditahan reman
untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI