fbpx

Tasnim bakal peguam jelita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tasnim Shah

Gadis yang diberi nama Nur Tasnim Shah tidak lagi asing di persada fesyen hijabista tanah air. Lebih mesra dipanggil Tasnim, gambarnya sering menghiasi butik atau agensi pakaian muslimah moden.

Anak kedua daripada tiga beradik tersebut, tidak leka dibuai kejayaan dalam bidang peragaan muslimah. Tasnim amat menitik beratkan soal pendidikan demi masa depannya.

Tasnim merupakan penuntut tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Perundangan.

Dianugerahkan wajah yang cantik bukanlah tiket untuk gadis berdarah kacukan Hindi-Melayu itu untuk mengorak langkah de­ngan mudah.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga memberitahu, berkat doa ibu dan bapa, usaha yang kuat adalah antara resepi untuk mencapai kejayaan.

Dia juga sempat berkongsi bersama Kosmo! Ahad pengalaman pahit manis yang terpaksa dila­luinya demi mencapai cita-cita sebagai model hijabista di negara.

 

Sejak bila berkecimpung dalam bidang model?
Saya mula menjinakkan diri dalam bidang ini seawal usia 18 tahun, pada mulanya sekadar hobi demi mencari duit, sebab saya mahu berdikari tidak mahu menyusahkan ibu bapa untuk memberi saya duit poket.

Bagaimana hobi boleh bertukar menjadi kerjaya?
Segalanya bermula apabila seorang jurugambar memaparkan gambar saya yang diambilnya di dalam akaun Instagram miliknya, dari situ banyak agensi dan butik-butik muslimah menawarkan tawaran untuk menjadi model kepada pakaian mereka.

Selain daripada model ada tak aktif melakukan kerjaya lain?
Sebenarnya saya pernah cuba untuk berlakon, tetapi saya tak mampu nak beri komitmen sepenuhnya dalam bidang lakonan, berlakon dan model merupakan dua kerjaya yang sa­ngat berbeza, mungkin jiwa saya bukan ke arah berlakon sangat.

Apakah hobi yang dilakukan Tasnim pada masa lapang?
Saya suka melancong. Setiap kali cuti semester, saya akan pergi melancong untuk cuba tenangkan fikiran setelah bertungkus-lumus belajar. Saya sudah melawat lebih daripada 5 negara di Eropah, dari situ juga kita boleh mengenali budaya mereka dan belajar sesuatu yang baharu.

 

TASNIM SHAH

 

Sebagai seorang model yang dikenali di negara, siapakah idola atau sumber inspirasi Tasnim?
Saya suka mengikuti perkembangan Shay Mit­chell, beliau merupakan seorang wanita yang sangat hebat, kerana berjaya dalam bidang lakonan, Shay juga mempunyai jenama pakaiannya sendiri, itu membuatkan saya tertarik mengikut bagaimana disiplin membahagi masa serta resepi kejayaannya.

Kosmo! Ahad difahamkan Tasnim mempunyai jenama pakaian sendiri?
Sebenarnya itu adalah usaha dan idea saya serta kawan baik saya. Kami rancang nak buka jenama pakaian ini pada tahun lepas tetapi kami berjaya buka pada bulan Mac lalu secara online dahulu, tiada kedai fizikal dengan jenama ts.habibti di Instagram serta tshabibti.com di web.

Bagaimana membahagikan masa sebagai seorang pelajar dan juga wanita berkerjaya?
Semestinya sukar dan merupakan satu cabaran yang perlu diatasi untuk berjaya. Saya buat jadual aktiviti. Saya akan mengambil kerja sebagai model hanya pada hari minggu kerana pada hari Isnin sehingga Jumaat saya mahu fokus pada pelajaran.

Walaupun sudah berjaya, Tasnim rasa penting atau tidak seseorang itu untuk mempu­nyai pendidikan atau kelayakan akademik?
Pendidikan sangat penting, pendidikan juga mampu buat saya untuk bertambah disiplin di sampang buat saya untuk berusaha lebih keras untuk maju ke hadapan.

Apakah pengalaman paling bahagia sepanjang bergelar model pakaian muslimah?
Kalau nak ikutkan memang banyak tetapi satu yang paling tidak saya akan lupakan ialah saya dan rakan saya membuka jenama pakaian kami sendiri dan saya menjadi model untuk jenama pakaian terbabit.

Apa pengalaman paling pahit Tasnim sepanjang bergelar model muslimah?
Memang banyak sepanjang empat tahun melakukan kerjaya ini sepenuh masa, tetapi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila ditipu oleh satu sebuah agensi peragaan.

Semasa penularan wabak Covid-19 bagaimana Tasnim bekerja?
Saya bersyukur dengan masa terluang itu saya dapat fokus untuk membina dan membuka ts.habibti.

Ada tak sedikit kata-kata atau ucapan semangat untuk orang luar sana terutamanya golongan wanita yang mahu menjadikan model sebagai kerjaya?
Jangan pernah putus asa, te­ruskan berusaha dan mencuba. jangan pernah takut untuk gagal, kerana daripada kegagalan boleh mengajarkan kita untuk menjadi matang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI