fbpx

Khabib akui Gaethje pencabar kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHABIB fokus membuat persiapan menjelang pertemuan menentang Gaethje biarpun baharu sahaja kehilangan bapanya Julai lalu. – AFP

LONDON – Atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov percaya petinju Amerika Syarikat (AS), Justin Gaethje merupakan petarung paling berbahaya dalam kategori lightweight ketika ini.

Atlet berusia 31 tahun tersebut kehilangan ayah dan juga mentornya, Abdulmanap yang meninggal dunia pada usia 57 tahun Julai lalu dilihat bersedia untuk mempertahankan tali pinggang lightweight selepas dijadualkan kembali beraksi se­mula pada 24 Oktober nanti untuk bertemu dengan Gaethje di Kejohanan UFC 254.

“Pada masa ini Gaethje merupakan petinju paling berbahaya dalam kategori lightweight.

“Saya tak nak ulas perkara yang lepas mengenai Conor McGregor dan fokus ketika ini adalah untuk melakukan persiapan,” kata Khabib.

Kali terakhir Khabib beraksi iaitu ketika berjaya mengekalkan takhta kejuaraan lightweight UFC selepas menumpaskan Dustin Poirier dalam acara UFC 242 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada September lalu.

Ini merupakan kali kedua Khabib mempertahankan gelaran yang disandangnya itu. Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober 2018 selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.

Dia kemudiannya digantung perlawanan selama sembilan bulan susulan insiden kekecohan yang berlaku selepas pertaru­ngan mereka, manakala McGregor pula digantung enam bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI