fbpx

Bernhardt salahkan padang, pengadil 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN tengah UiTM FC, Ousmane Fane (tengah) gagal membantu pasukannya menjaringkan gol apabila tewas 0-1 kepada Perak pada aksi Liga Super kelmarin. - FB UITM FC

Oleh Azizan Hashim

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih kelab Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC, Frank Bernhardt menyalahkan keadaan padang dan mutu pengadilan sebagai punca kegagalan anak-anak buahnya meraih tiga mata ke atas Perak kelmarin.

Akibatnya, UiTM FC terpaksa akur tewas 0-1 kepada skuad The Bos Gaurus pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh itu.

“Rumput panjang dan padang lembut menjejaskan persembahan UiTM. Saya sudah menjadi jurulatih selama 20 tahun tetapi tidak pernah melihat mutu pengadilan yang teruk sebegini, ” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin. 

Dalam masa sama, Bernhardt meluahkan kekecewaan dengan kegagalan barisan pemainnya mengutip mata penuh kerana menganggap Perak bukanlah pasukan yang kuat.

“Kami bertemu pasukan yang lemah berbanding pencabar sebelum ini, Pahang. Kami mencipta banyak peluang menjaringkan gol tetapi malangnya gagal memanfaatkan setiap peluang itu.

“Saya sebenarnya mengharapkan mata penuh di Ipoh selepas kejayaan menewaskan Felda United dan Pahang sebelum ini.

“Kami tidak sepatutnya seri perlawanan ini. Keputusan ini menyukarkan kami dalam usaha kekal dalam Liga Super 2021,” jelasnya. 

Bekas jurulatih skuad bawah 22 tahun kebangsaan berasal dari Jerman itu berharap barisan pemainnya akan bangkit dalam baki empat perlawanan selepas ini bermula dengan pertemuan menentang Terengganu di Stadium UiTM Shah Alam pada Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI