fbpx

124 individu leka berhibur diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tiga dari kanan) mengetuai operasi ke atas dua premis hiburan di Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Kedegilan dua premis hiburan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengundang padah apabila diserbu polis dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam operasi berasingan malam tadi.

Dalam operasi bermula pada pukul 11 malam yang dijalankan di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau dan Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Darat itu, seramai 124 individu ditahan masing-masing berusia antara 20 hingga 55 tahun .

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini merupakan kali kedua premis terbabit diserbu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan tiada penjarakan fizikal ketika berhibur.

“Premis ini pernah diserbu pada awal bulan Mac lalu kerana langgar syarat lesen, sepatutnya mereka tidak boleh jual atau hidang minuman beralkohol.

“Yang keduanya, tidak ada penjarakan fizikal antara pelanggan ini sudah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP,” katanya ketika ditemui pada operasi itu malam tadi.

Ayob Khan berkata, siasatan awal mendapati premis terbabit sudah membuat permohonan lesen untuk membenarkan mereka menyediakan minuman keras namun masih tidak diluluskan.

Menurutnya, beliau yakin banyak lagi premis yang masih berdegil beroperasi dengan melanggar syarat sah lesen selain tidak menguatkuasakan SOP PKPP.

Tegasnya, polis dan MBJB serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain akan terus melakukan operasi agar premis-premis hiburan mematuhi syarat lesen serta penjarakan fizikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI