fbpx

Tiga lelaki ditangkap baharu beli heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA penagih dadah yang ditahan polis.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG- Polis memberkas tiga lelaki dipercayai baharu sahaja mendapatkan bekalan dadah dalam Ops Tapis di tiga lokasi berasingan di Jalan Persiaran Sungai Keramat, Bandar Bukit Raja, di sini, semalam.

Ketiga-tiga suspek berusia 33 hingga 47 tahun itu ditangkap selang setengah jam bermula pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati mereka masing-masing membawa sepeket dadah dengan anggaran seberat dua gram disyaki heroin.

“Sepeket heroin itu dibeli mereka dengan anggaran RM100.

“Semakan mendapati ketiga-tiga suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kesemua mereka kini direman selama empat hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI