fbpx

Sindiket Rose Quartz tumpas, dadah RM1.58 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB Khan menunjukkan dadah yang dirampas menerusi enam serbuan di sekitar Johor Bahru, Khamis lalu. FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kegiatan satu sindiket yang dikenali Rose Quartz yang aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lalu terbongkar susulan operasi khas yang dijalankan polis dalam enam serbuan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi khas yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman itu berhasil menahan enam lelaki tempatan berusia 39 hingga 57 tahun.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 39.33 kilogram (kg) jenis syabu, ketamin (74.98 gram) serta serbuk ekstasi (20.92g) bernilai RM1.58 juta.

“Haail siasatan dan risikan selama dua bulan ke atas sindiket itu mendapati bekalan dadah itu diperolehi dari utara semenanjung kemudiannya membungkus di negara ini.

“Selain modus operandi yang dijalankan adalah dengan menggunakan laluan udara dan laut bagi menyeludup serta mengedar dari negeri ini ke Sarawak dan juga pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khas berkata, hasil saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan ketamine, manakala semakan rekod mendapati tiga daripada yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Katanya, polis turut merampas mesin yang digunakan untuk pembungkusan dadah serta beberapa peralatan lain termasuk sepucuk pistol angin.

“Polis turut menyita tujuh kenderaan bernilai RM982,800, dua jam tangan berjenama bernilai RM2,000, wang tunai RM172,051 dan 13,000 baht (RM1,726.07) dengan jumlah keseluruhan sitaan adalah RM 1.1 juta,”katanya.

Ayob Khan berkata, kesemua suspek direman selama enam hari bermula 11 hingga 16 September ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, bermula 1 Januari hingga 10 September lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor (JSJN Johor) berjaya menahan seramai 13,856 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan dalam tempoh yang sama berjaya membuat rampasan dadah sebanyak 2.146 tan.

“Keseluruhan dadah yang dirampas adalah bernilai RM25.43 juta dan turut disita adalah harta bernilai RM11.33 juta,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI