fbpx

Shafie dicabar anak buah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shafie (dua dari kanan) ketika proses penamaan calon bagi DUN Senallang di Semporna.

Oleh IVAN AMIRUL

SEMPORNA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bakal bertemu empat calon lain dalam mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ia termasuklah anak buah Shafie sendiri iaitu Norazman Utoh Nain, calon bagi parti Perikatan Nasional (PN).

Situasi sama juga pernah berlaku apabila Mohd Shafie berebut kerusi DUN sama dengan sepupunya, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Calon lain yang turut sama bersaing bersama Presiden Warisan itu ialah calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah, D Pg Ahmad Datu Ali Alam, Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).

Senarai penuh calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Senallang, Benedict Asmat sekitar pukul 11.10 pagi tadi selepas proses penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna selesai.

Mohd Shafie sebelum itu menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.18 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jaujan Sambakong, yang juga Naib Presiden Parti Warisan berdepan saingan tiga penjuru bagi DUN Sulabayan dengan calon USNO, Alahuddin Mohd Sarah dan Abdul Manan Indanan dari Barisan Nasional (BN). -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI