KUALA LUMPUR – Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini mendedahkan gambar kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, X50 untuk tatapan umum.
Menurut Proton dalam satu kenyataan, mereka berbesar hati berkongsi gambar jentera tersebut menjelang pelancaran SUV itu tidak lama lagi.
“Ahli baharu akan menyertai barisan jentera pintar kami tidak lama lagi. Persoalannya, adakah anda bersedia?” katanya di sini hari ini.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, dua warna telah disahkan bagi jentera segmen B berkenaan iaitu merah dan kelabu. – K! ONLINE