fbpx

Pemilik bengkel cat kereta mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat pemilik bengkel cat kereta ditemui mati akibat diserang dengan senjata tajam di sebuah premis di Zon Anggerik di Amanjaya, Sungai Petani tengah malam tadi.

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI – Seorang pemilik bengkel cat kereta maut selepas diserang dengan senjata tajam di premis miliknya di Jalan Anggerik, Zon Anggerik di Amanjaya di sini tengah malam tadi.

Mangsa berusia 33 tahun ditemui dengan kesan kecederaan parah pada kepala, dada dan tangan oleh dua pekerja bengkel besi yang berada di premis bersebelahan.

Lelaki terbabit dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan lari ke bengkel besi tersebut selepas diserang tetapi dia rebah dan meninggal dunia di bahagian belakang premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa masih bekerja bersama seorang pekerjanya.

“Mangsa dipercayai diserang di dalam premisnya sebelum cuba melarikan diri tetapi rebah dan maut di bahagian belakang bengkel besi terletak bersebelahan.

“Kejadian disedari dua pekerja bengkel besi yang sedang tidur di dalam premis itu sebelum mereka bertindak menghubungi majikan dan polis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal mendapati mangsa diserang lebih daripada dua suspek berdasarkan kesan kecederaan yang dialaminya.

“Semakan mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan serangan dipercayai bermotifkan dendam,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI