fbpx

Labah-labah memakan burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LABAH-LABAH tarantula daripada spesies ‘pink toe’ dirakam sedang memakan seekor burung. – Reddit

LONDON – Aksi menakutkan labah-labah tarantula gergasi memakan seekor burung dirakam oleh seorang individu tidak dikenali yang kemudian memuat naik video tersebut di laman web Reddit, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Rakaman itu memaparkan seekor labah-labah tarantula dipercayai daripada spesies ‘pink toe’ atau Avicularia avicularia, menangkap seekor burung dengan kaki-kaki berbulunya dan memakan haiwan itu perlahan-lahan. Spesies burung tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

“Ia merupakan spesies labah-labah paling besar di dunia,” ujar individu tersebut.

Mengulas mengenai klip video tersebut, seorang penyelidik dari Muzium Sejarah Semula Jadi di Institut Evolusi dan Biodiversiti Jerman, Jason Dunlop berkata, labah-labah spesies tarantula secara amnya tidak memakan burung.

“Tapi itu cuma andaian saya sahaja.

“Saya mengesyaki labah-labah tersebut mampu mengunyah apa sahaja yang boleh dimakan,” katanya.

Menurut Dunlop, tarantula akan menyuntik sejenis racun untuk pencernaan dan menyedut cecair pada mangsanya untuk dimakan sehingga kering.Sisa seperti tulang dan bulu pelepah akan dibuang.

Labah-labah ‘pink toe’ adalah spesies labah-labah berbisa yang ditemui di Brazil terutamanya di hutan Amazon dan saiznya boleh membesar sehingga 13 senti­meter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI