fbpx

Ketua Menteri Sabah ditentukan ADUN BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah akan ditentukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan rakan kongsi politik mereka sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan diputuskan apabila cukup bilangan kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“BN memutuskan bahawa Ketua Menteri Sabah hanya akan dipilih oleh ADUN BN dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri yang baharu,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya di sini tadi.

Difahamkan kenyataan itu dibuat susulan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor mungkin akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah jika mereka menang PRN kali ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI