fbpx

Lari daripada tugas selama 218 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYOB KHAN

JOHOR BAHRU – Polis sudah merakam keterangan 10 saksi berhubung kes kematian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meninggal dunia akibat terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat, 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keterangan itu melibatkan dua pegawai, tujuh anggota lain-lain pangkat serta satu orang awam.

Menurutnya, laporan awal bedah siasat mendapati tiada kecederaan fizikal dan penderaan yang boleh dikaitkan dengan kematian Allahyarham Abdul Aziz Aznam, 20.

“Laporan awal post mortem (bedah siasat) mendapati tiada kecederaan luar atau tiada unsur-unsur jenayah punca (menyebabkan) kematian mangsa, kita masih lagi menunggu laporan (penuh) makmal.

“Setakat ini itu yang kita ada. Kita juga ambil keterangan seorang saksi yang juga anggota tentera yang nampak mangsa lari dan lompat terjun dari tingkat tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, siasatan polis turut mendapati mangsa dipercayai lari daripada tugas selama 218 hari.

Katanya, selepas anggota tersebut tamat latihan asas ketenteraan, mangsa mengikut latihan asas komando pasukan Grup Gerak Khas (GGK) ATM.

“Mungkin di situ ada isu-isu berkaitan dengan daya tahan untuk melalui kursus-kursus yang lasak, mungkin situ ada tekanan psikologi, memang latihan pasukan khas ini agak lasak,”katanya.

Dalam kejadian pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan selepas dipercayai cuba membunuh diri terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di Kem Majidee, Batu Pahat.

Mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat bagaimanapun menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, 6 September lalu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI