fbpx

Gabungan Rakyat Sabah, parti gabungan baharu – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

TUARAN – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan parti disertai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di negeri ini bakal dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau berkata, nama gabungan baharu berkenaan akan digunakan secara rasmi sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri baharu selepas  pengundian pada 26 September depan.

“Gabungan ini bakal bekerja sebagai satu pasukan bagi membentuk satu kerajaan negeri baharu dan akan sama-sama berjuang memajukan negeri.

“Semalam kita duduk bersama parti yang sudah sepakat berjuang untuk rakyat Sabah.

“Oleh itu, saya nak umumkan keputusan dicapai dengan menamakan gabungan parti yang akan bersama perjuangan Pusat iaitu Gabungan Rakyat Sabah.

“Kita mahu semua bersatu hati untuk bekerjasama dalam membentuk kerajaan selepas PRN Sabah selesai,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI