fbpx

Buku Rukunegara: Selayang Pandang bantu semai semangat kekitaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eddin memberi penerangan tentang buku tersebut di majlis pelancarannya di Bangsar hari ini.

KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun ke-50 Rukun Negara, sebuah pertubuhan kebudayaan, Pusaka dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) hari ini melancarkan buku Rukunegara: Selayang Pandang.

Penulis buku tersebut, Eddin Khoo berkata, buku tersebut diharapkan dapat membantu masyarakat untuk menghayati erti sebenar Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.

“Pelancaran buku ini juga merupakan satu usaha untuk kita berkongsi sejarah di sebalik pengenalan Rukun Negara,” katanya pada majlis pelancaran buku tersebut di sini hari ini.

Buku berharga RM30 tersebut boleh dipesan secara online di [email protected] bermula Isnin depan manakala ia akan dijual di pasaran pada hujung bulan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI