fbpx

Bekalan elektrik premis judi dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas TNB melakukan pemotongan bekalan elektrik di premis perjudian yang berselindung di sebalik perniagaan kedai menjual telefon bimbit dalam Op Dadu Bersepadu di Bandar Lahat Baru semalam.

IPOH – Polis Perak berjaya membanteras kegiatan judi yang berselindung di sebalik kedai menjual telefon bimbit serta kedai runcit apabila memotong bekalan elektrik di enam premis melalui Op Dadu Bersepadu di tiga daerah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, kesemua enam premis tersebut berjaya dibongkar polis hasil risikan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dan IPD Taiping dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pemotongan bekalan elektrik tersebut dibuat berikutan kedegilan pemilik dan penjaga premis yang masih meneruskan kegiatan perjudian walaupun pernah diserbu sebelum ini.

“Siasatan mendapati kesemuanya pernah diserbu beberap kali sebelum ini dan tindakan pemotongan bekalan elektrik dibuat bagi mengelakkan aktiviti tersebut tidak aktif kembali,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Anuar, tindakan pemotongan bekalan elektrik yang bermula pada pukul 10 pagi itu tersebut dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sebelum ini Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menegaskan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik ke atas 30 premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian agar Perak bebas daripada sebarang aktiviti perjudian terutamanya atas talian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI