ARAU – Beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang tadi.
Antara kawasan yang dinaiki air adalah Kampung Titi Besi, Jelempok, Kampung Sena dan Kampung Paloh.
Penduduk terlibat pada masa ini sibuk memindahkan barangan ke tempat lebih tinggi.
Mereka juga bersedia untuk berpindah jika keadaan menjadi bertambah buruk. – K! ONLINE