fbpx

Arsenal mudah kalahkan Fulham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LACAZETTE (tengah) menjaringkan gol pertama buat Arsenal dalam kemenangan 3-0 ke atas Fulham. - TWITTER ARSENAL

LONDON – Juara Piala FA musim lalu, Arsenal berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Fulham 3-0 pada aksi pertama EPL di Craven Cottage sebentar tadi.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi Alexandre Lacazette yang mudah menolak masuk bola ke dalam gawang gol Fulham.

Bek tengah baru Arsenal yang dibeli daripada Lille, Gabriel Magalhaes berjaya meledak gol kedua pasukan itu selepas menanduk masuk hantaran daripada sepakan penjuru Willian pada minit ke-49.

Gabriel adalah pemain ke-10 dalam sejarah kelab itu yang berjaya menjaringkan gol ketika membuat debut pertama bersama The Gunners.

Bukan itu sahaja, Willian juga membuktikan pelaburan Arsenal mendapatkan khidmatnya secara percuma dengan gaji tinggi berbaloi apabila mencipta umpanan gol ketiga peribadinya dalam aksi tersebut.

Ia selepas hantaran jauh bekas bintang Chelsea itu disambut baik oleh kapten, Pierre-Emerick Aubameyang sebelum melakukan sepakan lencong menewaskan penjaga gol Fulham, Marek Rodak untuk meledak gol ketiga Arsenal pada minit ke-57.

Kemenangan itu pastinya meningkatkan semangat dan motivasi para pemain Arsenal menjelang pertemuan kedua EPL menentang West Ham United di Stadium Emirates pada 20 September ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI