fbpx

Amanah Allah jaga dua anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORAKMAR (kiri) memangku Adam Yusuf, manakala Mohd. Ariff meriba Rizqi di rumah mereka di Kampung Batu, Rembau semalam.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Memiliki dua anak orang kelainan upaya (OKU) me­rupakan amanah Allah yang ti­dak boleh disia-siakan, malah perlu dijaga dengan lebih perhatian.

Noorakmar Mahmood, 39, ber­­kata, dia memiliki tiga orang anak dengan dua daripadanya Muhammad Arsyad Riffat Mohd. Ariff, 5, dan ketiganya, Adam Yusuf, tujuh bulan disahkan OKU kategori masalah pembelajaran.

Anak sulung Noorakmar, Nur­aishiyah Hana Mohd Ariff, 7, me­rupakan seorang anak normal.

Menurutnya, Muhammad Arsyad atau dipanggil Rizqi kini hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu berjalan seperti kanak-kanak seusianya yang lain.

“Bulan lepas doktor sahkan paru-paru Rizqi di tahap kronik dan disebabkan masalah itu, banyak sisa makanan masuk ke dalam paru-paru membuatkan dia sering muntah darah.

“Kami sedang menunggu masa untuk Rizqi menjalani pembedahan memasang tiub untuk saluran makanan di bahagian perut.

“Ketika ini doktor memasang tiub sementara di bahagian hidung­nya bagi membolehkan dia mi­num susu khas,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Batu dekat sini sema­lam.

Jelasnya, kea­daan kesihatan anaknya yang tidak menen­tu itu selain kerap ke hospital menyebabkan dia terpaksa me­ng­ambil cuti separuh gaji pada bulan ini.

“Saya pernah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun bagi menjaga Rizqi yang sehingga kini sudah 26 kali ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Suami, Mohd. Ariff Mohammad, 40, membuat kerja-kerja kampung, namun penjagaan dua anak OKU ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi,” ujarnya.

Menurut Noorakmar, dia sekeluarga berterima kasih kepada pihak yang telah menginfakkan mesin oksigen dan beberapa kemudahan lain untuk kegunaan Rizqi.

“Kami juga menerima bantuan daripada Baitulmal berbentuk enam tin susu dan lima bungkus lampin pakai buang setiap bulan dan sedang menunggu bantuan katil khas bagi kegunaan Rizqi.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh me­nyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7053783457 atas nama Noorakmar Mahmood.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI