fbpx

58 kes baharu, Kluster Laut dikesan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini kembali kepada dua digit dengan 58 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,868 kes.

Jumlah kes tersebut turut membabitkan satu kluster baharu iaitu Kluster Laut dikenal pasti dalam kalangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Kunak, Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, 53 kes adalah penularan tempatan manakala lima adalah kes import.

Menurutnya, kes penularan tempatan membabitkan 29 warga Malaysia manakala 24 kes adalah warga asing.

“Kes indeks Kluster Laut ini iaitu kes ke-9,859 merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lepas.

“Bagaimanapun pada 5 September lalu, kes ini menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga melalui jalan tikus untuk melawat isterinya.

“Isterinya iaitu kes ke-9,860 pula dikesan positif Covid-19 pada 8 September semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, wanita itu mula bergejala pada 6 September dan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat, dua lagi kes positif Covid-19 telah dikesan membabitkan anak dan jiran kes indeks (kes ke-9,861 dan kes ke-9,862).
“Sehingga hari ini, sejumlah 49 telah disaring dalam kluster kesemuanya melibatkan warganegara Filipina,” katanya.

Noor Hisham berkata, pertambahan kes hari ini turut membabitkan Kluster Benteng LD di Sabah dengan 44 kes baharu menjadikan 381 kes positif dalam kluster tersebut.
Katanya, selain itu, lima kes baharu turut dikesan Kluster Sungai menjadikan jumlah kes positif dalam kluster tersebut sebanyak 55 kes.

Beliau menambah, lima kes import pula mendapat jangkitan dari Pakistan, India, Indonesia, Syria dan Filipina.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI