fbpx

Thiem mula pasang impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THIEM bakal berdepan Medvedev pada aksi separuh akhir dan memburu pentas final Terbuka AS kali ini. – AFP

NEW YORK – Dominic Thiem melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Austria pertama mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Alex De Minaur 6-1, 6-2, 6-4 pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan Thiem melakar kemenangan kedua ke atas Minaur pada kejohanan sama selepas turut melakukannya ketika bertemu di pusingan awal tiga tahun lalu.

Thiem yang juga pilihan ke­dua kejohanan tanpa berselindung mengakui gembira dengan kemenangan itu, namun tidak mahu terlalu leka dengan kejayaan tersebut.

“Sejak pusingan awal lagi saya dapat rasakan sesuatu yang positif akan berlaku. Saya juga berjaya harungi perlawanan sebelum ini dengan cukup baik.

“Sekarang tiada kelibat Roger (Federer), Rafael (Nadal) dan Novak (Djokovic). Mungkin mereka tiada tetapi pemain-pemain lain juga tidak kurang hebatnya,” kata Thiem.

Tambah pemain berusia 27 tahun itu lagi, dia sedia untuk berikan segala-galanya menjelang aksi separuh akhir bertemu finalis tahun lalu, Daniil Medvedev yang dijadualkan berlangsung esok.

“Ada tiga orang lagi pemain hebat di separuh akhir iaitu Daniil, Sascha ­(Alexander Zverev) dan Pablo (Carreno Busta). Saya akan cuba tampilkan aksi terbaik sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam gelanggang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI