fbpx

Syabu RM80,000 dalam peket teh Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syabu bernilai RM80,000 yang dirampas polis.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki yang aktif mengedar dadah syabu di sekitar Lembah Klang diberkas polis di tempat letak kenderaan di Jalan Genting Klang, Setapak semalam.

Bertindak atas risikan membawa kepada penahanan tiga suspek berusia 26 hingga 32 tahun pada pukul 2.40 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, hasil pemeriksaan polis menemui 2.06 kilogram syabu bernilai RM80,000 yang disembunyikan dalam paket teh Cina.

“Hasil siasatan mendapati tiga lelaki itu aktif mengedar dadah sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu.

“Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, suspek berusia 32 tahun itu mempunyai 19 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala suspek berusia 26 tahun pula tujuh rekod lampau atas kesalahan sama.

Menurutnya lagi, kesemua suspek direman tujuh sehingga 17 September ini bagi membantu siasatan.

“Dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 2,060 penagih,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI