fbpx

Remaja lelaki Thailand cedera kemaluan disambar ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular sawa sepanjang 1.2 meter tiba-tiba keluar dari dalam mangkuk tandas dan menggigit kemaluan seorang remaja lelaki di Thailand baru-baru ini. – ViralPress

BANGKOK – Seorang remaja lelaki di Thailand terpaksa me­nempuh detik menakutkan apabila zakarnya di gigit seekor ular sawa ketika dia menggunakan tandas, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Mangsa yang berumur 18 tahun, Siraphop Masukarat berkata, semasa kejadian dia sedang duduk di atas mangkuk tandas di rumahnya di wilayah Nonthaburi, tengah Thailand untuk membuang air besar. Bagaima­napun, dia tiba-tiba berasa sakit pada bahagian kemaluannya.

 

 

 

SIRAPHOP

“Saya memandang ke bawah dan melihat seekor ular sawa dengan panjang kira-kira 1.2 meter sedang menggigit zakar saya.

“Kerana panik, saya terus merentap ular tersebut. Tindakan gopoh tersebut mengakibatkan kemaluan saya berdarah,” katanya.

Selepas berjaya melepaskan diri, Siraphop berlari keluar dari tandas sambil menjerit ­ketakutan sebelum ditenangkan oleh ibunya.

Remaja itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital tempatan oleh pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Ekoran kejadian tersebut, Siraphop menerima tiga jahitan pada kemaluannya dan diberi antibiotik untuk mengelak jangkitan bakteria akibat gigitan ular sawa tersebut.

Siraphop berkata, kejadian digigit ular itu membuatkan dia kini berasa trauma untuk ­menggunakan tandas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI