fbpx

‘Raja Pancing’ tangkap’ 2,645 ikan dalam masa 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kredit: CIPROUD.COM

PEORIA, Illinois – Seorang pemancing profesional di negeri Illinois, Amerika Syarikat(AS) secara tidak rasmi memecahkan rekod Guinness World Records  miliknya sendiri apabila dia menangkap 2,645 ekor ikan dalam masa 24 jam.

Menurut portal berita UPI, Jeff Kolodzinski yang lebih dikenali sebagai Lelaki Maraton, mula memancing pukul 9 pagi (waktu AS) Rabu lepas di resort Sankoty di sini. Dia menamatkan percubaannya pukul 9 pagi keesokan harinya selepas menangkap 2,645 ekor ikan.

Berikutan pencapaian tersebut, Kolodzinski secara tidak rasmi telah memecahkaan Guinness World Records  miliknya pada tahun 2019 apabila dia menaikkan 2,172 ekor ikan dalam tempoh 24 jam.

“Bukti daripada percubaan terbaharu ini akan saya serahkan kepada Guinness untuk pengiktirafan rasmi,” katanya.

Percubaan tersebut sebagai usaha mengumpulkan wang untuk Yayasan Fishing For Life. Menurut Kolodzinski, dia berharap dapat mengumpulkan AS$20,000 (RM83,264) bagi tujuan amal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI