fbpx

Pengawal keselamatan maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan yang tidak memakai topi keledar dan tidak memasang lampu maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain di Jalan Kampung Seribong di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Mohd. Razali Abdullah, 49, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.

Seorang lagi penunggang motosikal jenis Modenas MR1 yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di zon kuning Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar dari arah simpang tiga Kampung Pauh Butut ke Kampung Seribong.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian motosikal yang datang dari arah bertentangan dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu bertembung dengan mangsa.

“Mangsa yang menunggang motosikal tanpa memasang lampu itu terjatuh dan mengalami kecederaan teruk di kepala dan muka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Semut Pendek di sini dihantar ke HUSM untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan mendapati punca kemalangan dipercayai daripada kedua-dua buah motosikal itu bertembung antara satu sama lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, seorang penduduk , Sabri Zakaria, 60, berkata, beliau menyedari kejadian itu sebaik keluar dari rumah untuk kedai kopi berdekatan rumahnya.

Menurut Sabri, dia difahamkan mangsa baru selesai menampal motosikal penduduk yang pancit di kampungnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI