fbpx

Patuhi garis panduan pencegahan Covid-19 sepanjang PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua pihak supaya mematuhi Garis Panduan Pencegahan Covid-19 sepanjang pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.

Setiausahanya, Ikmalrudin Ishak berkata, garis panduan itu adalah selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata, garis panduan ini akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses pilihan raya iaitu taklimat petugas, penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

“Perkara utama yang diketengahkan adalah pematuhan kepada penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka, penggunaan pensanitasi tangan, proses saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran bagi semua aktiviti serta proses yang berkaitan dengan pilihan raya.

“Proses penyerahan borang Kertas Penamaan akan berlangsung seperti mana proses penamaan calon sebelum ini namun semua calon tidak lagi dibenarkan berarak bersama para penyokong masing-masing atau mengadakan sebarang aktiviti berkumpulan.

“Hanya calon, seorang pencadang calon dan seorang penyokong calon sahaja dibenarkan memasuki pusat penamaan calon,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI