fbpx

Newcastle mahu saman Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE mampu menjadi satu lagi kuasa bola sepak di England sekiranya pengambilalihan berkenaan menjadi kenyataan. – AFP

NEWCASTLE – Pemilik Newcastle United, Mike Ashley menyelar pengurusan Liga Perdana selepas mereka dilaporkan menghalang proses ambil alih pasukan itu yang bernilai £300 juta (RM1.6 bilion).

Ashley dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Liga Perdana apabila tidak meluluskan usaha sebuah syarikat yang menerima suntikan dana Arab Saudi mengambil alih Newcastle.

Difahamkan Liga Perdana tidak membenarkan urusan ambil alih itu apabila mendakwa Arab Saudi gagal menghentikan siaran haram melibatkan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Newcastle United mengesahkan Liga Perdana sudah menolak usaha ambil alih pasukan yang dilakukan PCP Capital Partners, adik-beradik Reuben dan Tabung Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi.

“Keputusan itu dibuat meskipun kelab sudah memberikan maklumat yang mengatakan PIF langsung tidak memiliki kaitan dengan kerajaan Arab Saudi.

“Kelab dan pemilik tidak dapat menerima tindakan yang dilakukan Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters berhubung perkara ini,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

Meskipun berdepan situasi tidak menentu berhubung masa depan pasukan, namun Ashley masih memberi sokongan kepada pengurus, Steve Bruce dalam jendela perpindahan kali ini dengan menyediakan dana untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI