fbpx

Frekuensi penerbangan meningkat 7 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Frekuensi penerbangan di semua lapangan terbang negara menunjukkan peningkatan besar bulan lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh.

Beliau berkata, sebanyak 1.4 juta pergerakan penumpang telah didaftarkan manakala pergerakan lalu lintas pesawat meningkat tujuh peratus kepada 24,209 jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya.

“Terdapat peningkatan besar dalam frekuensi penerbangan oleh syarikat penerbangan di semua lapangan terbang negara di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) menyaksikan peningkatan 33 peratus dan lapangan terbang antarabangsa lain seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching menunjukkan peningkatan gabungan sebanyak 75 peratus.

“Ditambah pula dengan pelancaran Reciprocal Green Lane (RGL) dengan Singapura, antara faktor menyumbang kepada peningkatan tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shukrie berkata, sektor domestik masih menjadi pemacu utama dalam pemulihan lalu lintas secara beransur-ansur.

“90 peratus daripada jumlah lalu lintas penumpang kami terdiri daripada pergerakan lalu lintas domestik.

“Kami gembira melihat tanda-tanda orang ramai kembali yakin akan keselamatan perjalanan udara seperti yang ditunjukkan oleh permintaan dan dari peningkatan frekuensi penerbangan. KUL kini mencatatkan 149 frekuensi penerbangan setiap minggu, ” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI