fbpx

Dadah lebih RM200,000 dirampas di KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imran (dua kiri) menunjukkan rampasan dadah jenis ketamin dan syabu yang dirampas daripada dua lelaki yang ditahan semalam di KLIA 2 di Bangunan AMC, KLIA, di sini hari ini.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Kegiatan dua lelaki yang dipercayai mula berjinak-jinak mengedar dadah menjerat diri apabila ditahan polis di balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam.

Kedua-dua suspek lelaki Cina yang berusia 24 dan 28 tahun itu ditahan secara berasingan bersama 5.24 kilogram (kg) dadah disyaki jenis ketamin dan syabu dengan nilai keseluruhan RM204, 200.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, kedua-dua tangkapan daripada sindiket sama dan suspek didapati baharu aktif sebulan melakukan kegiatan penyeludupan dadah dipercayai untuk diedarkan ke Miri, Sarawak.

“Suspek pertama yang berusia 24 tahun ditahan pada pukul 10.15 pagi. Hasil pemeriksaan ke atas bagasi tangan yang dibawa menemukan satu bungkusan teh cina Tie Guan Yin mengandungi kira-kira 1.040 kg dadah jenis ketamin.

“Anggaran nilai rampasan dadah adalah sebanyak RM57,200. Selain itu, polis turut merampas RM9,000 daripada suspek dipercayai hasil upah yang diterima,” katanya pada sidang akhbar di KLIA di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, tangkapan pertama itu kemudian membawa kepada tangkapan kedua ke atas bagasi milik suspek berusia 28 tahun yang telah didaftar masuk pada pukul 12 tengahari.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menemui dan berjaya merampas empat bungkusan teh cina Jin Xuan Tea yang mengandungi kira-kira 4.2 kg dadah jenis syabu dengan nilai rampasan sebanyak RM147, 000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI