Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
MELAKA – Seorang bayi perempuan berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya sendiri di Bachang di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi 8 September lalu ketika bayi tersebut berada di rumah makciknya.