fbpx

312 ingkar PKP, 267 dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR – Seramai 312 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 267 individu telah dikompaun manakala 38 individu direman dan tujuh individu lagi dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan dan catitan keluar masuk (37), tidak memakai pelitup muka (23) dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (143).

“Kesalahan lain dilakukan juga adalah aktiviti di dalam pub atau kelab malam (70), warga asing tanpa dokumen perjalanan (7), premis beroperasi melebihi tempoh (1) serta disyaki menjalankan aktiviti pelacuran (31),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Operasi Benteng yang dijalankan semalam berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 86 pendatang asing tanpa asing (PATI), seorang penyeludup dan seorang tekong.

“Di Pantai Sungai Rengit, Johor, pasukan Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya menahan tiga PATI kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya.

Sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 26,999 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 70 Hotel dan lapan premis.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,226 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 69 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 16,704 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” menurutnya.

Dalam pada itu, 15 premis diberi nasihat kerana tidak patuh prosedur operasi standard dalam pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI