fbpx

Musa, Rahman tiada dalam senarai calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar ketika berucap sempena Majlis Pengumuman Calon BN di Kota Kinabalu hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiada dalam calon Barisan Nasional (BN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia ekoran Musa tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk menjadi calon pada PRN Sabah yang berlangsung 26 September depan.

“Tiada sebarang permohonan daripada Musa untuk bergelar calon BN.

“Selain itu, kita juga tidak menawarkan beliau untuk menjadi calon.

“Bagaimanapun, kita tetap menghormati semua pemimpin termasuklah Musa,” katanya.

Bung berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon BN hari ini.

Beliau ditanya berkaitan spekulasi Musa akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila yang baharu dalam PRN Sabah.

Terdahulu, Musa menerusi laman sosial Facebooknya semalam memuat naik status “I’m going back to Sungai Manila” yang membawa maksud “Saya akan kembali ke Sungai Manila” sehingga menjadi tular.

Selain Musa, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga tidak disenaraikan sebagai calon mewakili BN untuk bertanding bagi PRN Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI