fbpx

Kereta ‘terpa’ ke arah saya – Mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Iswara yang terbalik dalam nahas membabitkan empat kenderaan di lampu isyarat simpang empat Jalan Bukit Baru-Duyung, Melaka semalam

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Seorang bapa berdepan detik cemas apabila sebuah kereta tiba-tiba ‘menerpa’ ke arah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya sebelum kereta terbabit terbalik.

Mangsa Ramli Samsuddin, 50, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, dia bersama anak perempuannya yang duduk di bahagian penumpang hadapan dalam perjalanan menuju Bukit Katil dari arah Bukit Pulau.

“Ketika itu, terdapat dua buah kereta lain iaitu Perodua Viva dan Proton Waja di hadapan saya mengambil susur kiri lampu isyarat menuju ke Bukit Katil.

“Tiba-tiba, datang sebuah Proton Iswara bergerak laju dari arah Duyung merempuh kereta Viva dan Waja ber­kenaan.

“Selepas itu, kereta Iswara terbabit ‘menerpa’ ke arah hadapan kiri kereta saya sebelum terbalik tidak jauh dari kende­raan kami,” katanya ketika ditemui di lokasi nahas.

Ujarnya, walaupun kende­raannya rosak teruk dalam nahas itu, dia bersyukur apabila dia dan anaknya terselamat tanpa kecederaan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Abdillah Hamid ketika ditemui berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja menerima maklumat pada pukul 7.28 pagi.

Jelasnya, sebaik tiba di lo­kasi didapati kemalangan membabitkan empat buah ken­de­raan iaitu Proton Iswara, Proton Waja, Naza Citra dan Perodua Viva.

“Kemalangan dipercayai ber­laku apabila Proton Iswara yang datang dari arah Duyung dipandu secara melawan arus untuk mengelak kesesakan lampu isyarat menuju ke Bukit Pulau.

Katanya, mangsa yang ce­de­ra dikejarkan ke Hospital Me­laka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI