fbpx

JPA digesa latih penjawat awam faham kegiatan penipuan, pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuepacs

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu menyediakan modul latihan bagi penjawat awam agar mereka faham tentang kegiatan sindiket penipuan dan pelaburan palsu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat berkata, pemberian latihan atau kursus berkaitan sindiket penipuan dapat mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku pada masa akan datang.

Jelasnya, penekanan terhadap latihan dan kursus mengenai sindiket penipuan ini boleh dilakukan secara formal atau tidak formal.

“Pendekatan secara formal boleh dilakukan dengan pembentukan modul latihan yang khusus, manakala latihan bukan formal boleh diberikan dalam bentuk pameran pendidikan, hebahan dan risalah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adnan berkata, ketua-ketua jabatan juga perlu sering mengingatkan kakitangan masing-masing mengenai modus operandi dan kegiatan sindiket penipuan melalui perhimpunan bulanan yang dilakukan secara berkala.

Katanya, penekanan secara berkala dan berterusan boleh membantu semua pihak menjadi celik atau faham mengenai modus operandi, kesan dan akibat menjadi mangsa sindiket penipuan ini.

“CUEPACS juga menasihatkan semua penjawat awam dan pesara lebih berhati-hati dalam membuat keputusan berkaitan pengurusan kewangan termasuklah membuat pinjaman dan pelaburan.

“Jadikan pihak berkuasa sebagai badan rujukan utama sebelum melakukan apa-apa jua keputusan membabitkan pengeluaran jumlah wang yang besar,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI