fbpx

FAM tolak dokumen ITC Sumareh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan Tok Gajah bersedia mengheret kes Sumareh yang menyertai kelab liga utama Thailand, Police Tero FC kepada FIFA dan AFC bagi mendapatkan keadilan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak sijil perpindahan antarabangsa (ITC) yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thailand) buat bekas pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, tindakan pihaknya itu disebabkan tiada keputusan rasmi diambil mana-mana jawatankuasa FAM mengenai aduan Sumareh terhadap Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

“FA Thailand telah merujuk perkara ini kepada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan badan induk itu telah mengeluarkan ITC sementara buat Sumareh.

“Bagaimanapun, pemain itu (Sumareh) masih boleh diambil tindakan undang-undang oleh PBNP meskipun memiliki sijil tersebut dan telah didaftar bermain dalam saingan Liga Thailand,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Kosmo! sebelum ini melapor­kan Sumareh secara rasminya menyertai kelab liga Thailand, Police Tero FC untuk mengharungi saingan yang akan membuka tirainya pada 12 September ini.

Bintang berusia 26 tahun ber­asal dari Gambia itu difahamkan telah menamatkan kontraknya dengan PBNP mengikut klausa 8.7 yang mendakwa mana-mana pemain tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih boleh menuntut pembatalan kontrak mereka.

Bagaimanapun, PBNP kelmarin mendedahkan, mereka mempunyai bukti untuk mendakwa Sumareh dan bersedia meng­heret kes itu ke FIFA dan Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi mendapatkan keadilan.

Mohd. Yusoff yang mewakili FAM turut mengingatkan para pemain agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media sebelum apa-apa keputusan rasmi diambil jawatankuasa FAM atau FIFA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI