fbpx

Bot kargo tangkap ikan ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot kargo yang ditahan APMM kerana menangkap ikan secara haram di perairan Kuala Terengganu hari ini.

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot kargo kerana disyaki disalah guna untuk menangkap ikan di perairan Kuala Terengganu dekat sini hari ini.

Bot kargo itu ditahan Bot Maritim Penggalang 45 yang sedang melakukan rondaan pada kedudukan 56 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu pada pukul 11.15 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pihaknya mengesyaki bot kargo tersebut telah menyalahguna lesen untuk menangkap ikan.

“Ia berikutan penemuan pukat tunda dan ikan pelbagai jenis seberat dua tan di dalam bot kargo berkenaan.

“Berdasarkan dokumen yang dikemukakan, bot kargo yang dikatakan didaftar di Pelabuhan Mersing, Johor itu hanya dibenar beroperasi dalam lingkungan 10 batu nautika dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Endau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Saufi berkata, enam kru kapal kargo tersebut yang kesemuanya warga Vietnam berusia dalam lingkungan 27 hingga 44 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Mereka disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar dan Akta Perikanan 1985,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI