fbpx

Bada akhirnya dapat anak sendiri di usia 40 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADA

PENYANYI wanita berpengalaman Korea yang juga bekas salah seorang anggota kumpulan S.E.S, Bada dilaporkan sudah menimang anak perempuan.

Bada atau nama sebenarnya, Choi Sung-hee, 40, akhirnya mendapat seorang anak perempuan selepas tiga tahun berkahwin dengan seorang lelaki berstatus bukan selebriti.

Perkara tersebut turut diumumkan syarikat pengurusan Bada, Wave Nine Entertainment. Dia disahkan melahirkan seorang bayi perempuan pada Isnin lalu.

“Ibu dan bayi perempuan berada dalam keadaan sihat. Mereka dijaga oleh keluarga sementara disambut dengan doa dan ucapan tahniah daripada orang ramai,” kata wakil syarikat pengurusan tersebut.

Sebelum ini, penyanyi itu dilaporkan berkahwin dengan seorang lelaki yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

Untuk rekod, album debut S.E.S sebelum ini pernah mencatatkan jualan lebih 650,000 unit sewaktu K-pop belum menjadi fenomena global.

Kumpulan yang turut dianggotai Eugene dan Shoo pernah meletus dengan single berjudul I’m Your Girl pada tahun 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI