fbpx

Upah edar sebiji pil ekstasi RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pil ekstasi yang dirampas polis daripada suspek di Taman Desa, Brickfields semalam.

KUALA LUMPUR – Cubaan kali pertama seorang lelaki mengedar dadah menjerat dirinya apabila dicekup polis di Taman Desa di sini semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 5.30 petang

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemui 420 biji pil disyaki dadah ekstasi dianggarkan bernilai RM12,600 yang dipercayai akan diedarkan di kawasan tersebut.

“Siasatan awal juga mendapati suspek baru pertama kali mengedar dadah dan mendapat upah RM1 bagi setiap biji pil yang dihantar kepada pelanggan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek mendapat bekalan dadah daripada seorang lelaki yang kini sedang diburu polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang memiliki empat rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah itu juga dikesan positif dadah.

“Suspek direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI