fbpx

Suami tanam mayat isteri mati dicekik bawah katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS memeriksa mayat yang masih tertanam di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Bangodua, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, pada malam Sabtu lalu. – Kompas.com/ ALWI

JAKARTA – Mayat seorang wa­nita ditemui ditanam di bawah katil suaminya di sebuah rumah di Kampung Bangodua, Kabupaten Indramayu di Jawa Barat, lapor portal berita Tribun News semalam.

Menurut laporan, penduduk kampung menemui mayat mang­sa selepas masuk ke kediaman tersebut melalui tingkap untuk menyiasat bau busuk pada Sabtu lepas, sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan).

Mereka mendapati bau itu datang dari sebuah bilik dan melihat ada tanah dikambus di bawah katil lalu menggalinya dan menemui kaki manusia. Selepas itu, mereka berhenti menggali dan menghubungi pihak polis.

Penduduk kampung mendakwa, mangsa berumur 65 tahun dan dikenali sebagai J itu tidak kelihatan sejak 40 hari lalu.

Setiap kali suami mangsa ber­umur 70 tahun ditanya tentang keberadaan J, dia cuma menja­wab isterinya sudah keluar me­ninggalkan rumah mereka.

Polis kemudian menggali ke­luar mayat itu dan mendapa­ti mangsa ialah J, dipercayai di­bunuh oleh suaminya sendiri.

Ketua Polis Kabupaten Indramayu, Komisioner Suhermanto tidak menolak kemungkinan suspek mengalami kemurungan.

“Penduduk setempat, ketua kampung dan anggota terlibat melihat suspek yang dikenali sebagai M, duduk dalam keadaan termenung di bilik sama.

“Semasa penduduk mengetuk pintu rumah, M tidak membukanya, lalu mereka panjat masuk melalui tingkap sebelum mene­mui kaki mangsa,” kata Suhermanto.

Mayat mangsa dibawa ke Hos­pital Bhayangkara Losarang untuk proses bedah siasat. Polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan J.

“Kenyataan M selalu berubah tetapi pagi tadi (semalam), sema­sa disoal siasat, dia mengatakan mangsa mati akibat dicekik,” jelas­nya.

Kejadian berlaku selepas mang­sa meminta wang untuk membeli barangan tetapi suspek tidak mempunyai wang.

Suspek kemudian mencekik mangsa sehingga pengsan lalu meninggalkan rumah mereka se­lama tiga hari. Sebaik pulang, suspek menemui mangsa sudah tidak bernyawa dan mula berbau busuk lalu menanamnya di bawah katil. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI