fbpx

Soalan hamil menjengkelkan Bipasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIPASHA BASU

PELAKON Bipasha Basu mengakui kurang senang dengan sebarang spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan kemungkinan sedang berbadan dua.

Bipasha yang berkahwin dengan Karan Singh Grover empat tahun lalu menyifatkan persoalan tentang kehamilan sangat menjengkelkan.

“Saya dan suami gembira dengan kehidupan sekarang walaupun kami belum mempunyai anak.

“Soalan tentang hamil atau anak sangat merimaskan apabila orang seperti menunggu masa untuk mengesahkan saya hamil hanya kerana saya kelihatan sedikit berisi,” ujarnya.

Tambah pelakon Raaz itu, dia mempunyai perancangan sendiri dalam usaha membina keluarga dan bergelar ibu bapa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI