fbpx

Saiful Azly, Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUL AZLY (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Saiful Azly dilantik menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang akan berpindah ke Bukit Aman bagi menggalas tugas sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur baharu itu telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Hadir menyaksikan majlis tersebut, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.

Zamri dalam ucapannya berkata, beliau yakin dengan kreadibliti dan pengalaman yang luas dimiliki Saiful Azly dapat membantu IPK Kuala Lumpur dalam merealisasikan strategi dan hala tuju Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjadikan Kuala Lumpur bandaraya selamat untuk didiami atau dikunjungi.

“Seperti semua kita maklum, tugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur amat berat dan memerlukan komitmen yang tinggi kerana situasi semasa dan trend jenayah semasa.

“Beliau (Saiful Azly) merupakan seorang pengawai yang berdedikasi, berpandangan jauh dan sentiasa peka dengan keadaan pasukan. Saya yakin dia mampu menjadikan bandaraya Kuala Lumpur terus aman dan selamat,”ujarnya.

Pada masa sama, Zamri turut berterima kasih kepada Mazlan atas khidmat dan komitmen yang tinggi sejak menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur sejak tahun 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI