fbpx

Rider maut rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian

PUTRAJAYA – Seorang penghantar bungkusan maut selepas dipercayai merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa, Mohd. Fazli Ayub, 24, dipercayai gagal mengawal motosikal yang ditungganginya sebelum merempuh lori yang dipandu perlahan berikutan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan sampah di bahu jalan.

Pemandu lori berkenaan yang enggan dikenali mendakwa, motosikal itu ditunggang secara laju ketika keluar dari selekoh sebelum merempuh lori dan tercampak ke laluan tengah jalan.

“Saya terkejut dan tergamam selepas melihat mangsa tercampak sehingga ke tengah jalan.

“Orang awam yang berada di tempat kejadian membantu mendapatkan bantuan segera dengan menghubungi pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, seorang rakan mangsa, Akmal Hakim Anuar, 24, berkata, dia hanya tinggal bersebelahan rumah mangsa dan sempat bergurau dengannya sehari sebelum kejadian.

“Kami juga sama-sama bekerja di sebuah restoran makanan di Putrajaya.

“Arwah cuti hari ini dan dalam pengetahuan saya, kalau dia cuti memang dia buat kerja penghantaran barang secara sambilan,” katanya.

Difahamkan mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya pada pukul 8.30 malam tadi bagi tujuan bedah siasat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI